Saturday, September 4, 2010

teka-teki raya...cuba teka jawapannya..

Kertas apakah yang paling popular pada hari raya?

Lagu raya apa yang ada mengandungi perkataan Bahasa Inggeris?

Selain duit raya, apakah lagi yang berleluasa setelah berakhirnya puasa?

Jenama ubat gigi yang ada kaitan degan raya?

Bunga apa yang berkembang mekar di malam raya?


JAWAPAN SILA HIGHLIGHT DIBAWAH
- Kertas Angpau.
- Lagu Saloma 'Miskin Kaya memakai baju baru warna warni, mengunjungi sanak kaum FAMILI'
- Hantu raya.
- Ubat gigi Raiya.
- Bunga api. 

Wednesday, September 1, 2010

Buat Ustaz Nazri &Teman Taulan

minggu nie mnggu last kte sekelas berjumpa...lps nie lau nk jmpe tgg la lps raya la...memandangkn sok sume nk balik raya dh....kami dr group p@sar_Ray@....ingn memohon ampun n maaf bebyk sekiranya kami de terkasar bahasa....menyinggung perasaan serta mengutuk n mengumpat belakang....kami memohon ribuan kemaafan kepada anda semua....
kepada yg drive o bike...hati2 djalan raya...jgn syok sgt nk blk kmpg sampai kslmtn diri dabaikn....kepada yg len...jgn bermain mercun...xkisah r trign o x...bahaya tue...tp lau nk men meriam up to u...beringt sebelum kena...heee last ucapan

selamat hari raya maaf zahir n batin
ingtlah org yg tersayang
 

Tuesday, August 31, 2010

resepi hari nie...

Rempeyek


Bahan bahan:
  • 2 sudu teh jintan puteh
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 750 ml santan dari 1 setengah biji kelapa.
  • 175 gram tepung beras
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 300 - 350 gram kacang tanah
  • Ikan bilis
Cara membuatnya:
  1. Goreng tanpa minyak jintan puteh dan ketumbar hingga wangi.
  2. Tumbuk atau kisar halus.
  3. Satukan dengan tepung beras, santan dan garam
  4. Sediakan dua kuali, panaskan sedikit minyak didalam kuali leper
  5. Manakala kuali biasa (wok) diisi minyak panas untuk digoreng rendam
  6. Sendukkan sedikit adunan, taburkan kacang dan ikan bilis, tuangkan kedalam kuali leper
  7. Bila sudah kekuningan angkat dan terbalikkan kedalam kuali biasa
  8. Goreng hingga rempeyek keemasan dan kemudian angkat
  9. Sejatkan dengan tuala dapur
  10. Apabila sejuk masukkan kedalam bekas kedap udara
sebutir kata:
bru buat dh de yg mntk tempah...sedap kot yg aq buat nie
heeee...   =)

Sunday, August 29, 2010

Hormati Hari Raya

“Adalah menjadi tanggungjawab media kerajaan dan swasta yang dipegang oleh mereka yang muslim untuk menghormati hari raya dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.
Islam bukanlah jumud sehingga menghalang umatnya bergembira dan berseronok suka. Namun, bukanlah dengan cara yang jelas dilarang oleh Islam seperti gelagat-gelagat artis dalam media atau filem yang melampaui batasan yang wajar. Tidak wajar disiarkan lakonan atau tarian yang tidak dapat diterima oleh penilaian syarak.
Hari Raya adalah manifestasi daripada ibadah puasa di bulan Ramadan. Jangan media asyik mencemarinya saban tahun. Sepatutnya, jika kerajaan benar-benar ada kesungguhan, banyak yang dapat diselamatkan dalam kehidupan muda-mudi hari ini. Namun, apabila kita cakap lain sementara tindakan kita lain, maka rosaklah generasi kita”.

Saturday, August 28, 2010

hujung minggu

punya lah ramai org kt bandar bila hujung munggu nie...jalan sesak...padat....ada plak kereta yg xmakan samn pakai park kt tepi jln...jln yg dh sesak bertambh sesak...yg naik ktm @ lrt xyh ckp la compem bertolak2 dan berhimpit2...maklumlh...raya tinggal brape hari je lagi kn..dari dok bersesak2 n berpanas kat bandar yg padat...pe kata kita manfaatkn teknologi yg ada dgn membuat tempahan dgn cara online...jimat masa dan tenaga...kini semua d hujung jari...hanya tekan dan order..
=)
Selamat Hari Raya
Cute and Funny Images for your comment
Click Here To Get Your Own Friendster Card - Friendster Glitter




Collection From yummyflashy.blogspot.com